Berita

Kembara Ramadan Temenggong 2018

peNA eJs

KUANTAN, 20 Mei 2018 - Yang Amat Mulia Tengku Arif Temenggong Pahang, Tengku Fahd Mua’adzam Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah menjayakan program Kembara Ramadan Temenggong 2018 di Persatuan Pemulihan Orang Cacat (PPOC) Negeri Pahang, Sungai Lembing.

Yang Amat Mulia Tengku Fahd Mua’adzam yang juga Pengasas Sultan Ahmad Shah Environment Trust (SASET) turut diringi Pengarah Operasi SASET, YH Dato’ Aida binti Yusof.

Rombongan diraja memulakan program lawatan dan menyantuni beberapa keluarga asnaf untuk menyampaikan sumbangan sebelum meneruskan program di PPOC. Ketibaan rombongan diraja disambut mesra penduduk sekitar yang teruja menanti kehadiran Yang Amat Mulia Tengku Fahd Mua’adzam dan Yang Amat Mulia Ilisha Ameera.

Putera Bongsu kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang dan Duli Yang Maha Mulia Sultanah Pahang, Sultanah Hajah Kalsom ini turut menyempurnakan penyampaian sumbangan kepada golongan asnaf serta kanak-kanak. Majlis turut diraikan bersama YH. Dato' Zaliza b Zulkipli, Pegawai Daerah Kuantan serta beberapa pegawai Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan.

Usai iftar bersama rombongan diraja, program diteruskan dengan solat berjemaah bersama hadirin yang menyaksikan jua kehadiran YB Encik Mohd Shahar Abdullah, ADUN Lepar, YB En Rahim Muda serta ADUN Sg Lembing, YB Dato' Mohd Shuhami.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 29 kali.


Kembali ke Atas