Berita

Kenyataan Media Pejabat Daerah Dan Tanah Kuantan

peNA eJs

Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan ingin merujuk kepada video dan gambar yang tular di laman sosial Whatsapp dan Facebook berhubung aktiviti Team Sukarelawan Pahang Daerah Kuantan anjuran PKOB Daerah Kuantan.

Untuk makluman, PKOB Daerah Kuantan melalui Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan telah mengadakan Gotong-royong Pasca banjir bersama Team Sukarelawan Pahang Daerah Kuantan di Kampung Semangat pada 20 Januari 2021. Sukarelawan terdiri daripada pegawai dan kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan, Majlis Perbandaran Kuantan, Jabatan Kerja Raya Daerah Kuantan, Bomba, Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Kuantan dan Alam Flora bertujuan untuk membantu mangsa banjir membersihkan rumah masing-masing.

Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan menegaskan bahawa program yang diadakan ini tiada kaitan dengan mana-mana parti politik dan pejabat ini tidak bertanggungjawab di atas sebarang gambar dan video yang tular di laman media sosial Whatsapp dan Facebook mengaitkan pejabat ini dan lain-lain jabatan di daerah Kuantan dengan mana-mana parti politik. Usaha murni daripada jabatan-jabatan daerah ini sepatutnya tidak diambil kesempatan untuk kepentingan mana-mana pihak.

Sekian, terima kasih.

 

YM. Tengku Dato’ Nor Asmaliza binti Ku Lah

Pegawai Daerah Kuantan

21 Januari 2021

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 42 kali.


Kembali ke Atas