Berita

Majlis Khatam Al-Quran

peNA eJs


Majlis khatam yang dikendalikan oleh Ustazah Norliza Aniffa telah dibuat secara atas talian dengan menggunakan aplikasi Cisco Webex sebagai perantara. Majlis disertai lebih sepuluh (10) anggota Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) Negeri Pahang. 

 

Majlis berlangsung dalam situasi yang sangat harmoni dan tenang dengan bacaan merdu oleh Ustazah sambil disahut ahli WI yang turut serta. 

 

Majlis diakhiri dengan titah dari Yang Amat Mulia Tengku Seri Nila Utama, Tengku Dato’ Sri Nong Soraya binti Al-Marhum Sultan Abu Bakar yang turut serta seawal majlis.  

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 22 kali.


Kembali ke Atas