Berita

Majlis Khatam Al-Quran 2018 / 1439 Hijrah

peNA eJs

Marilah kita bersama-sama memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya jua, dapatlah kita berhimpun pada hari ini sempena Majlis Khatam Al-Quran 2018/1439H anjuran Biro Agam, Kelab PETANDA.

Seharusnya warga PETANDA dapat sama-sama menyambut baik usaha Biro Agama, Kelab PETANDA yang menganjurkan program ini bersempena dengan bulan Ramadhan, atau ‘bulan Tarbiyah’ – iaitu bulan latihan bagi kita agar semua perkara dan kehendak hawa nafsu boleh dikawal demi untuk meningkatkan ketakwaan kita kepada Yang Maha Esa. Selain itu, adalah diharapkan usaha sebegini akan menyuburkan lagi minat membaca al-Quran yang mendalam di kalangan warga PETANDA.

Program tadarus Al Quran pada bulan Ramadan 1439H kali ini yang telah dilaksanakan mulai 21 Mei 2018. Pada tanggal hari ini iaitu 12 Jun 2018 berlangsung dengan jayanya Majls Khatam Al-Quran di bawah bimbingan Ustaz Noor Ikhwan bin Abd Razak dan Ustazah Nor Aina bt Rosli.

Penghayatan kepada isi kandungan ayat-ayat suci al-Quran akan memberi kita inspirasi dan galakan untuk lebih berusaha mendekatkan diri kepada Ilahi dan menguasai segenap bidang ilmu pengetahuan. Ini kerana al-Quran banyak mengajak dan menyeru manusia untuk menimba dan memartabatkan ketinggian ilmu dalam kehidupan.

Seperti kita sedia maklum, bulan Ramadan telah pun memasuki fasa sepuluh malam terakhir. Sesungguhnya pada fasa ini terdapat satu malam yang lebih mulia dari seribu bulan iaitu Lailatul Qadar.

Justeru, marilah kita bersama-sama merebut peluang dan ganjaran yang disediakan oleh Allah S.W.T dengan melipat gandakan amal ibadah, semoga amalan kebajikan yang kita lakukan sepanjang Ramadan mendapat keredhaan-Nya serta berjaya mentransformasikan rohani serta jasmani untuk menjadi seorang mukmin yang bertakwa.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 73 kali.


Kembali ke Atas