Berita

Kuantan Turut Berduka

peNA eJs

Kemangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al Muadzam Shah ditangisi rakyat Pahang dan jatuh pada tanggal 17 Ramadhan 1440 Hijrah bersempena juga sambutan Nuzul Al-Quran.   

Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah, 88, merupakan Sultan Pahang kelima dan ayahanda kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Istiadat Pemakaman Diraja dijadualkan pada 23 Mei 2019 selepas zuhur di Makam Diraja Pekan, Pahang.    

 

Baginda menyerahkan takhta kepada Al-Sultan Abdullah pada 12 Jan 2019 lalu.

BERNAMA

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 5 kali.


Kembali ke Atas