Berita

KUANTAN Dimahsyur Bandaraya

peNA eJs


Pengisytiharan KUANTAN sebagai bandaraya disempurnakan KDYMM Al-Sultan Abdullah pada majlis gilang gemilang disaksikan barisan tetamu kehormat. Seluruh rakyat Malaysia amnya turut sama menyaksikan detik bersejarah ini melalui pautan secara langsung. Walau disambut dalam situasi yang tenang sejajar mendepani wabak pandemik COVID-19 yang mengancam dunia sejagat, hari bersejarah ini pasti akan dijadikan detik yang tidak dapat dilupakan. 

Tidak hanya pengisytiharan bandaraya ini, warga Kuantan khususnya serta Pahang amnya, warga MPK kini MBK. Semoga warga kerja MBK terus cemerlang mendepani cabaran mengharungi situasi ekonomi yang tidak sekata dan krisis global amnya.  

Tahniah diucapkan kepada YH. Dato' Hamdan Bin Hussin diatas pelantikan sebagai Datuk Bandar Pertama Bandaraya Kuantan sempena Majlis Pemasyhuran Bandaraya Kuantan dan Perasmian Kompleks Bandaraya Kuantan yang berlangsung pagi tadi.

  

Semoga Datuk Bandar yang baru akan terus cemerlang dan membawa Bandar Kuantan ke tahap yang lebih maju dan sejahtera.

#MajuTerusPahang #Pahang1st #BandarayaKuantan

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 13 kali.


Kembali ke Atas