Berita

Program Sanitasi Awam Dan Pencegahan Denggi Daerah Kuantan

peNA eJs

YB. Encik Abd Rahim bin Muda, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang dilihat turut serta bersama-sama menjayakan program tersebut yang bermula di Dewan Sri Mentiga, Perkampungan Sungai Isap 2, Kuantan. 

 

Turut kelihatan mengiringi YB Encik Abd Rahim adalah YDP Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), YH. Dato' Hamdan b Hussin yang begitu memberi komitmen yang sangat tinggi bergandingan bersama pegawai dan kakitangan Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Pahang serta pegawai dan kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri Pahang. Turut mengiringi juga adalah wakil dari Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan, Puan Zuriana binti Mohd Noh.  

 

Kerjasama juga diterima dari pegawai dan kakitangan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (SWCORP) Negeri Pahang serta Alam Flora Sdn Bhd Kuantan. Kerja-kerja operasi sanitasi awam nyah cemar dan semburan asap ini yang meliputi kawasan rumah, jalan, kedai, tempat tumpuan awam di sekitar Sungai Isap, Kuantan. 

   

Program sanitasi nyah kuman atau nyah cemar ini dilakukan oleh anggota BOMBA. 

  

Program semburan asap bagi pencegahan wabak denggi pula dilakukan oleh pasukan MPK. 

Kerja-kerja sanitasi awam nyah cemar dan semburan asap ini mendapat panduan arah lokasi dan petunjuk dari En Noor Jamaan Abd Rahman yang memangku tugas Penghulu Mukim Kuala Kuantan 2. Beliau turut dibantu Pengerusi JKKK Sungai Isap, En Mohamad Khairuddin b Ismail, Setiausaha JKKK Sungai Isap, En Halif Syareezal b Rumli serta Pengerusi KRT Perkampungan Sungai Isap 2, Tn Haji Anis b Ginen. 

   

Operasi ini dilancarkan bagi tujuan membantu pengekangan penularan wabak COVID 19 dan secara tidak langsung meneruskan kempen memerangi dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk yang menjadi penyebab utama demam denggi. 

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 41 kali.


Kembali ke Atas