Berita

Kursus Asas Penggunaan E-mel Rasmi Jabatan Siri I hingga IV

peNA eJs

Pengetahuan dan kebolehan menulis adalah satu kemahiran yang sangat penting bagi penjawat awam dalam sesebuah organisasi. Kemahiran ini membolehkan penjawat awam menghasilkan penulisan yang berkualiti dan mencapai objektif yang ditetapkan oleh sesuatu jenis penulisan termasuklah memo, surat rasmi, kertas kerja, minit mesyuarat dan juga laporan. Segala bentuk penulisan dalam agensi kerajaan boleh dihasilkan melalui media cetakan atau elektronik. Kesemua jenis penulisan rasmi di pentadbiran kerajaan mempunyai format dan teknik tertentu untuk dihasilkan. Penjawat awam seharusnya mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang betul bagi memudahkan tugas dan memberi imej yang baik kepada jabatan. 

Kursus Asas Penggunaan E-mel Rasmi telah diadakan di Bilik Latihan Komputer, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang pada 25 hingga 26 Julai 2018. Sebanyak empat (4) sesi telah diadakan sepanjang dua (2) hari berkursus ini yang melibatkan 60 orang peserta dari Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan. Kursus mensasarkan penjawat awam  jabatan yang pertama kali mempunyai akaun e-mel rasmi kerajaan selain pengguna e-mel sedia ada namun telah lama tidak menggunakan e-mel rasmi. Pengguna e-mel yang menghadiri kursus ini terdiri daripada pelbagai gred dan kumpulan jawatan. 

Tidak hanya tertumpu kepada golongan yang menguruskan kerja perkeranian, kursus ini tidak mengenepikan kumpulan penjawat awam dari Pembantu Am Pejabat hingga Penolong Pegawai Tanah. Kursus bertujuan untuk memberi pengetahuan dan kefahaman mengenai pengurusan e-mel rasmi kerajaan dengan cekap, berkesan dan efisyen. Selain itu, kursus dapat memberi pendedahan kepada penjawat awam di pentadbiran tanah Kuantan tentang pengetahuan dan kemahiran asas bagi penggunaan sistem aplikasi e-mel yang ada dengan memperkenalkan pelbagai fungsi dan modul yang ada.  

Selain dari itu pada akhir sesi peserta kursus diberi pengalaman untuk membuat instalasi aplikasi e-mel di telefon mudah alih. Pengguna perlu diberi kemudahan sedemikian memandangkan polisi jabatan yang akan menggunakan saluran e-mel bagi tujuan panggilan mesyuarat dan hebahan di jabatan.  Komunikasi secara elektronik ini secara tidak langsung dapat memberi pendedahan kepada penjawat awam untuk mengamalkan langkah berjimat kerana tiada lagi penggunaan kertas dan cetakan salinan keras dalam semua urusan rasmi jabatan.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 46 kali.


Kembali ke Atas