Berita

Kursus Pemanduan Berhemah Dan Keselamatan Kenderaan PDT Kuantan

peNA eJs


En Wan Musa memulakan majlis dengan sedikit pengenalan sebelum diserahkan kepada penceramah yang dijemput. 

Peserta memberi kerjasama yang baik kepada setiap sesi ceramah dan slot yang diadakan. Seramai lebih 20 peserta yang terdiri daripada kakitangan PDT Kuantan telah bersama-sama menjayakan kursus singkat sehari ini. Walau pun sehari, kursus dilihat berjaya memberkan sedikit kesedaran kepada para peserta tentang keselamatan dan tanggungjawab pengguna jalan raya. Sesungguhnya, pemanduan yang berhemah dapat mengelakkan dan menyelamatkan daripada berlaku kemalangan. 

Setiap individu mempunyai peranan bagi mengelakkan kecederaan akibat daripada kemalangan jalan raya. Dengan itu, pengguna jalan raya diseru agar mengamalkan budaya pemanduan berhemah.

Seterusnya, peserta bersama pihak JPJ bagi mendengar sedikit pencerahan berkenaan keselamatan kenderaan dan dibawa ke garaj kereta PDT Kuantan untuk melihat sendiri bagaimana pemanduan berhemah seharusnya diterapkan bagi setiap pemandu. 

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 34 kali.


Kembali ke Atas