Berita

Kutipan Luar Cukai Tanah Bermula

peNA eJs


TANAH adalah sumber kekayaan negara. Jikalau sumber tanah tidak digunakan pada tahap tertinggi dan terbaik, impaknya boleh membawa kepada kemunduran dan kemiskinan. Cukai yang kena dibayar adalah hasil kepada pihak kerajaan bagi mengumpul bajet dalam memastikan kemajuan negara lebih efektif dan saksama.

Bagi mengurangkan nilai tunggakan hasil pihak kerajaan, pelbagai langkah yang perlu diambil. Antara lain adalah memastikan tunggakan cukai tanah perlu dikutip secara sistematik dan profesional.

Bagi merealisasikan kesungguhan tersebut, Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan melalui Unit Hasil telah memulakan aktiviti Kutipan Luar Cukai Tanah dan memilih Felda Sungai Panching Selatan sebagai lokasi pertama. 

Tidak hanya terhenti di sini sahaja, aktiviti tersebut bakal mengisi jadual pergerakan pasukan kutipan luar ini yang dijangka akan berakhir sebelum Mei 2019.  

Program pertama kutipan luar berjaya menarik 42 pemilik sahaja.

http://pdtkuantan.pahang.gov.m...

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 24 kali.


Kembali ke Atas