Berita

Lawatan YAB MB ke Sekolah Agama Rakyat KAFA Al-Amin, Kuantan

peNA eJs


Menjadi pelajar paling senior bersama YB Andasura menjadi tarikan pelajar di SAR KAFA Al-Amin. Kelihatan YAB MB duduk sebentar di dalam kelas tersebut dan sama-sama menghayati ajaran oleh tenaga pengajar yang bertugas. Seterusnya, beliau turut beramah mesra bersama pelajar dan tenaga pengajar yang sedang menjalani kelas pada petang itu.

YAB MB seterusnya mendengar taklimat tentang SAR KAFA oleh Pengerusi nya. Turut juga menyampaikan amanat dan harapan kepada perkembangan dan prestasi SAR KAFA ini pada masa akan datang. YAB MB melihat SAR KAFA ini berpotensi untuk melahirkan lebih ramai insan dan anak-anak yang menjadi tonggak kepada pendidikan Islam khususnya.

Penerapan nilai keagamaan kepada barisan pelajar dan golongan anak-anak ini dapat melahirkan insan berguna dan menjadi pentadbir negara yang sangat mencabar pada masa akan datang. 


Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 23 kali.


Kembali ke Atas