Berita

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2017 dan Jasamu Dikenang PDT Kuantan

peNA eJs

KUANTAN,  20 Mac 2018 - Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2017 dan Jasamu Dikenang PDT Kuantan telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Utama, PAHANG SKILLS, Semambu, Kuantan. Majlis APC 2017 dan Jasamu Dikenang dirasmikan oleh YB. Dato' Sri Muhammad Safian b Ismail, Setiausaha Kerajaan Pahang. 

YH. Dato' Zaliza menzahirkan ucapan TAHNIAH kepada empat belas (14) penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2017 yang telah dipilih oleh panel pembangunan sumber manusia dan percaya bahawa penerima telah menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang bukan sahaja pada tahun 2017 malah terus cemerlang selagi bergelar penjawat awam.  

Setiausaha Kerajaan Pahang menyatakan rasa bangganya dengan pencapaian yang telah ditunjukkan oleh PDT Kuantan pada tahun 2017. Komitmen yang tinggi dari semua warga kerja PDT Kuantan telah membuatkan pencapaian yang cemerlang diperolehi. Sekalung penghargaan terima kasih jua atas khidmat bakti yang telah diberikan kepada bakal pesara. Khidmat bakti dan jasa mereka tiada terbalas. Penghargaan sebegini menunjukkan bahawa usaha dan bakti yang telah diberikan sepanjang perkhidmatan bakal pesara sangat dihargai dan tiada tolok bandingnya. 

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 40 kali.


Kembali ke Atas