Berita

PKP : Tiada Bazar Ramadhan

peNA eJs

Bukan sahaja di daerah Kuantan, malah turut melibatkan 10 lagi kawasan seliaan pihak berkuasa tempatan (pbt) di negeri ini. 

Menteri Besar, Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail walau bagaimanapun menjelaskan bebanan dan kesukaran penjaja sentiasa mendapat perhatian kerajaan negeri. Dengan ini, pihak pengurusan PahangGo akan menawarkan perkhidmatan dalam talian kepada peniaga dan penjaja yang terlibat. 

Kaedah pengurusan melalui PahangGo bakal memudahkan peniaga dan penjaja untuk terus meraih sumber pendapatan yang telah terjejas akibat penularan wabak COVID 19 ini. Pesanan makanan yang dibuat pelanggan melalui aplikasi dalam talian ini sudah pastinya untuk dijadikan juadah berbuka puasa sepanjang Ramadhan nanti. 

Pada tahun 2019, jumlah peniaga yang terlibat bagi bazar Ramadhan adalah berjumlah 4,639 peniaga bagi negeri ini. Adalah tidak mustahil untuk meneruskan aktiviti perniagaan mereka sepanjang Ramadhan nanti dengan menggunakan aplikasi atas talian ini di mana setiap pesanan dan tempahan yang dibuat akan terus dihantar kepada pelanggan. 

Membantu lebih 90 lokasi bazar Ramadhan terus 'beroperasi' di negeri ini, Wan Rosdy turut menyifatkan ini adalah antara bukti kerajaan negeri mengambil berat kesukaran yang dihadapi peniaga. Demi memastikan taraf hidup peniaga tidak terjejas dengan sekatan pencarian sumber pendapatan mereka ini, inisiatif ini diharap dapat membantu peniaga untuk terus menjalankan aktiviti perniagaan mereka seperti biasa walau tidak serancak dan semudah seperti tahun yang lalu.     

Menyahut saranan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, penutupan bazar Ramadhan adalah sangat bertetapan bagi memastikan penularan wabak COVID 19 akan terhenti dan tidak ada sebarang perhimpunan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan bagi tempoh enam hingga 12 bulan pada masa akan datang.

Sumber : MPK, Tiada lagi Bazar Ramadhan di Kuantan pada Ramadhan akan datang.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 4 kali.


Kembali ke Atas