Berita

Majlis Perjumpaan YB Setiausaha Kerajaan Pahang Bersama Pegawai dan Kakitangan PDT Kuantan

peNA eJs


Turut sama memeriahkan majlis perjumpaan ini adalah Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), YH. Dato' Toantowee b Haji Mohd Lotfie, Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, YH. Dato' Mohd Zakaria b Ibrahim serta YDP Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), YH. Dato' Fadzilla b Haji Salleh. YB Setiausaha Kerajaan Pahang seterusnya meraikan kehadiran serta memperkenalkan Pegawai Daerah Kuantan yang baharu iaitu YM. Tengku Dato' Asmaliza bt Ku Lah. Kemeriahan majlis turut sama diraikan dengan barisan Ketua Jabatan dan agensi daerah Kuantan.

YB Setiausaha Kerajaan Pahang dalam penyampaiannya menegaskan agar sentiasa memberikan kerjasama kepada pimpinan baharu PDT Kuantan. Tanpa timbul rasa keraguan, pegawai dan kakitangan PDT Kuantan turut diberi pesanan dan saranan agar lebih komited dan berdisiplin dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai penjawat awam.

YB Setiausaha Kerajaan Pahang seterusnya mengingatkan pegawai dan kakitangan agar dapat memberikan kerjasama yang baik dan padu agar dapat memastikan pimpinan baharu PDT Kuantan terus cemerlang dan lebih baik dalam menyediakan perkhidmatan yang berterusan. Bukan sahaja memberi faedah kepada warga PDT Kuantan malah turut dikongsi bersama warga Kuantan amnya.  

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 67 kali.


Kembali ke Atas