Berita

Perhimpunan Bulanan Penjawat Awam Negeri Pahang

peNA eJs

gambar ihsan : Facebook Kerajaan Negeri Pahang

Perhimpunan tersebut telah diadakan di Dewan SUK, Blok C, Wisma Sri Pahang, Kuantan, Pahang. Perhimpunan ini disiarkan secara langsung menggunakan medium media sosial Facebook (FB Live) dan melibatkan jabatan kerajaan di daerah Kuantan.

YAB MB yang diiringi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) dilihat begiru teruja dan ceria memandangkan ini adalah kali pertama beliau dapat berinteraksi dengan penjawat awam Negeri Pahang amnya. 

Dalam ucapan YAB MB, beliau mengingatkan semua penjawat awam supaya dapat melaksanakan tugas dan amanah yang diberikan tanpa mengira perbezaan ideologi politik dan bekerja dengan sepenuh hati untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Beliau memohon agar segala dasar yang diputuskan oleh kerajaan negeri dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan menjadi pilihan Pegawai Daerah untuk bersama-sama ketua jabatan dan agensi daerah Kuantan untuk bersama mendengar amanat yang disampaikan oleh YAB MB yang julung kali diadakan setelah mengambil alih Pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang. 

Program dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Allah Selamatkan Sultan Kami dan Lagu Perkhidmatan Awam yang juga diringi oleh kumpulan koir Pejabat SUK Pahang. Bacaan doa oleh Timbalan Kadi Pejabat Agama Islam Daerah Kuantan, Tuan Mohd Anis bin Mohd Azmi menjadi agenda seterusnya sebelum YAB MB menyampiakan amanat kepada penjawat awam Negeri Pahang. 

Objektif perhimpunan ini diadakan adalah bagi memupuk dan menjalinkan hubungan yang erat di kalangan Penjawat Awam di Daerah Kuantan dengan barisan pimpinan di Daerah. Di samping itu ia juga meningkatkan interaksi yang berkesan bagi menjana pemikiran yang lebih kreatif dan inovatif.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 47 kali.


Kembali ke Atas