Berita

Bengkel myPortfolio PDT Kuantan

peNA eJs


Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri (JPM), telah menerbitkan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bil. 8 Tahun 1991: Panduan Mengenai Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja sebagai rujukan dalam penyediaan dokumen berkaitan prosedur, proses kerja dan tanggungjawab yang lebih teratur di peringkat jabatan dan individu. Inisiatif ini bertujuan untuk memastikan supaya tidak berlaku kesilapan dalam pelaksanaan tugas dan seterusnya dapat meningkatkan prestasi penyampaian perkhidmatan agensi Kerajaan.

Proses menambahbaik PKPA Bil. 8 Tahun 1991 Panduan Mengenai Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja telah dikaji. Rumusan kajian mendapati inisiatif ini telah mengambil kira cabaran dan perubahan semasa sama ada di peringkat global mahupun domestik. Sehubungan itu, PKPA Bil. 4 Tahun 2018 myPortfolio: Panduan Kerja Sektor Awam dikeluarkan sebagai pendekatan baharu dalam pelaksanaan bidang tugas dan tanggungjawab secara yang lebih komprehensif dan teratur di agensi Kerajaan. Ketua Jabatan juga boleh meluas guna myPortfolio sebagai radas strategik dalam pengurusan sumber manusia.

Proses pemantapan Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja diberi nafas baharu dalam memastikan tujuh (7) elemen penting yang ditambhbaik dan dipermudahkan. Kemasukan elemen carta fungsi, carta alir, borang, proses kerja, senarai undang-undang, peraturan dan punca kuasa memperkemaskan takrifan serta memantapkan aspek pelaksanaan telah memansuhkan elemen norma kerja, senarai tugas dan borang tindakan kerja.

Penambahan elemen baharu iaitu deskripsi tugas dilihat dapat memberikan gambaran yang menyeluruh terhadap tugas yang disandang penjawat awam agar tampak lebih efektif dan lebih diyakini.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 34 kali.


Kembali ke Atas