Berita

Perlu Jadi Pemimpin Yang Prihatin – MPKK KUANTAN

peNA eJs


Seramai 63 daripada 65 Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) hadir pada majlis tersebut. Jelas tergambar kegembiraan semua Pengerusi MPKK yang menerima watikah pelantikan daripada YB Abd Rahim yang secara langsung menunjukkan rasa semangat dan teruja dengan tanggungjawab yang bakal dipikul untuk kemudahan dan kesejahteraan masyarakat.

Majlis turut menjadi kenangan dan memori indah bagi semua yang hadir kerana selain menerima watikah, turut pertama kali bersama Pegawai Daerah Kuantan yang baru saja memulakan tugasnya di daerah Kuantan, YM. Tengku Dato' Asmaliza bt Ku Lah.

Dalam ucap mulanya, YM Tengku Dato' turut menyeru barisan pimpinan Pengerusi MPKK untuk laksanakan ranggungjawab dan memainkan peranan bagi sama-smaa menangani masalah di kalangan penduduk setempat. Diingatkan agar membuang perasaan malu untuk bertanya sebagai mencari jalan penyelesaian terbaik terutama kepada barisan Penghulu Mukim masing-masing.

Mendapatkan info yang betul merupakan perkara asas dalam memberi khidmat kepada masyarakat. Pegawai Daerah seterusnya menggesa agar barisan kepimpinan masyarakat mengambil peluang ke atas geran pembangunan fizikal yang diperuntukkan untuk menjalankan program berkaitan kesejahteraan dan keceriaan kampung masing-masing. Merebut peluang ini menjadi keutamaan bagi memastikan geran pembangunan yang diperuntukkan tidak disia-siakan untuk manfaat masyarakat setempat.

Permohonan perlu diangkat kepada En Mohd Fadzlee, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Daerah) dan suatu taklimat akan diadakan bagi perkara berkaitan dalam masa yang terdekat.

Pegawai Daerah mengakhiri ucapannya dengan ucapan terima kasih di atas kesudian YB untuk hadir bagi merasmikan majlis serta tidak lupa ucapan TAHNIAH kepada barisan Pengerusi MPKK yang bakal menerima watikah pelantikan.

Seperti yang sedia maklum, MPKK adalah merupakan penjenamaan semula bagi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). Kuasa dan urusan bagi pelantikan, pertukaran dan penamatan anggota MPKK kekal di bawah kuasa Kerajaan Negeri dan pentadbiran di bawahnya. Walaubagaimana pun alam melaksanakan kuasanya, Kerajaan Negeri hendaklah memastikan ianya selaras dengan tatacara pengurusan MPKK yang telah ditetapkan Kementerian Pembangunan Luar Bandar serta dasar kerajaan. YB Abd Rahim yang juga pemegang portfolio Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Permahan Negeri Pahang turut menegaskan dalam ucapananya bahawa tujuan pemilihan Pengerusi MPKK ini adalah menjadi orang tengah kepada masyarakat. Ini secara tidak langsung menjadi penggerak kepada komuniti kampung bagi melaksanakan pembangunan, kemajuan dan kesejahteraan kampung untuk manfaat bersama.

Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan akan membuat pemantauan dari masa ke semasa kepada semua MPKK demi memastikan masalah rakyat dapat disalurkan kepada pihak yang sepatutnya dan dapat diselesaikan dengan baik dan sempurna. Keprihatinan pemimpin masyarakat serta sikap mengambil berat masalah penduduk menjadi tonggak kepada meredakan keadaan masyarakat sekarang yang agak tertekan. Tidak dilupakan faktor kebersihan kampung menjadi fokus utama MPKK.

YB dalam akhir bicaranya turut mengucapkan TAHNIAH kepada barisan pimpinan Pengerusi MPKK dan berharap agar dapat terus memberikan perkhidmatan cemerlang kepada masyarakat dibawah seliaannya sehingga tahun 2020 dan berharap agar terus dapat memberi kerjasama kepada semua golongan masyarakat demi kesejahteraan penduduk kampung.

YB seterusnya menyampaikan watikah pelantikan kepada 63 Pengerusi MPKK diiringi Pegawai Daerah serta En Mohd Fadzlee. YB dilihat meninggalkan majlis setelah selesai acara bergambar kenangan dengan Pengerusi MPKK.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 31 kali.


Kembali ke Atas