Berita

Hari Penamaan Calon PRU 14 Parlimen Paya Besar

peNA eJs

Penamaan calon bagi PRU14 akan berlangsung pada 28 April 2018 (Sabtu) di seluruh negara melibatkan 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dun. Tempoh mengemukakan kertas penamaan calon bermula 9 pagi hingga 10 pagi di 222 pusat penamaan calon antaranya terdiri daripada pejabat daerah, pejabat tanah, dewan orang ramai dan dewan sekolah di seluruh Malaysia.

Apa yang ditawarkan kepada pengundi, kata beliau, ialah calon-calon yang mampu memberi perkhidmatan terbaik kepada asas pembinaan negara berbilang kaum ini dengan bilangan penduduk lebih 30 juta.

Parlimen dibubarkan pada 7 April lalu bagi memberi laluan kepada PRU14 yang akan menyaksikan pertembungan utama antara BN yang ditunjangi UMNO dan pakatan pembangkang yang diketuai oleh DAP. Susulan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian pada 9 Mei, tarikh penamaan calon pada 28 April, manakala tarikh pengundian awal pada 5 Mei. Calon-calon akan berkempen selama 11 hari bermula tarikh penamaan calon dan akan berakhir pada 11.59 malam, 8 Mei.

Mengikut daftar pemilih suku tahun keempat 2017 yang diwartakan pada 10 April, jumlah pengundi adalah 14,940,624, dengan jumlah pengundi lelaki 7,383,437 (49.42 peratus) dan pengundi perempuan 7,557, 187 (50.58 peratus).

Kerusi Parlimen Paya Besar menyaksikan pertembungan dua pemimpin Pemuda selepas dinamakan sebagai calon kawasan itu bagi mewakili parti masing-masing. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pahang, Mohd Shahar Abdullah, 38 tahun, yang mewakili Barisan Nasional (BN) akan dicabar oleh Exco Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir, 32 tahun (PKR) serta Setiausaha PAS Paya Besar, Mohamad Azhar Mohd Noor, 66 tahun.

Selain itu, bagi kerusi DUN Sungai Lembing, penyandang kerusi berkenaan, Datuk Md Sohaimi Mohamed Shah (BN) bakal dicabar calon PAS, Mohamad Hazmi Dibok dan calon PKR, Datuk Fauzi Abdul Rahman.

Bagi DUN Lepar juga berlaku pertembungan tiga penjuru antara calon BN, Abdul Rahmad Muda akan bertemu Mohd Nor Hisyam Muhammad (PAS) dan Nur Addin Ibrahim (PKR).

Selain itu, DUN Panching pula menyaksikan pertembungan empat penjuru iaitu antara penyandang dari BN, Datuk Mohd Zaili Besar dengan MohdTarmizi Yahaya (PAS), Kamarzaman Mohamed Yunus (PKR) dan Ben Zin Dagok (Bebas).

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 35 kali.


Kembali ke Atas