Berita

Pahang Tangguh Laksana PKPB

peNA eJs

Kerajaan Pahang akan mengkaji dan memperhalusi pelaksanaan PKPB seperti yang diumumkan Kerajaan Persekutuan. Segala ketetapan yang dibuat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak dari bermulanya PKP Fasa I adalah kekal dan mesti dipatuhi.

Pengumuman yang dibuat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin bagi pelaksanaan PKPB ini adalah bagi membolehkan sebahagian sektor ekonomi dan sosial dibuka semula. Keputusan ini diambil setelah mengambil kira pelbagai aspek termasuk kesihatan.


Walaupun kerajaan berjaya menurunkan landai keluk COVID-19 berlandaskan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan KKM, pembangunan infrastruktur dan sektor ekonomi perlu dibuka semula agar dapat merancakkan ekonomi dan menjadi pencetus kepada perubahan perkembangan ekonomi Malaysia.

Namun Kerajaan Pahang akan terus mengambil langkah yang tepat dengan penangguhan PKPB ini dalam memastikan pelaksanaan PKPB tidak akan menyebabkan penularan baharu wabak COVID-19 seperti umum mengetahuinya.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 29 kali.


Kembali ke Atas