Berita

PDT Kuantan Sahut Usaha Martabatkan Tulisan Jawi

peNA eJs


Langkah ini selari dengan titah Yang di-Pertuan Agong yang mahukan semua pihak memberikan perhatian yang serius dalam usaha memperkasakan tulisan jawi yang wajar dinasionalisasikan di negara ini amnya dan khususnya di Pahang. Ianya bukan sahaja menjadi sebahagian daripada khazanah dan budaya negara malah dari aspek bahasa sebutannya lebih tepat terutama ejaan berbanding rumi.

Bagi memastikan tiada kesalahan yang dilakukan bila ianya sudah dipaparkan, KUIPSAS telah dilantik oleh Kerajaan Pahang sebagai pusat rujukan bagi ejaan tulisan jawi di negeri ini. Pelantikan KUIPSAS ini adalah bagi memastikan ejaan jawi tersebut selari mengikut daftar kata yang dikeluarkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

Memberi sokongan kepada usaha ini, pelbagai usaha telah dilakukan antaranya penggunaan tulisan jawi pada kepala surat rasmi kerajaan, papan tanda premis kerajaan dan swasta, latar belakang program rasmi serta nama jalan. Selain bertujuan untuk memartabatkan tulisan jawi, usaha ini juga dapat menyemarakkan semula tulisan berkenaan sebagai budaya hidup masyarakat Islam amnya.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 35 kali.


Kembali ke Atas