Berita

PDT Kuantan Rai Mantan JKKK

peNA eJs

Puan Husnalrita, wakil rasmi Pegawai Daerah Kuantan memaklumkan bahawa majlis ini adalah ilham dari Allahyarham Dato’ Sri Abdul Manan bin Ismail yang memberi sumbangan daripada peruntukan Mesra Rakyat.

Majlis seumpamanya ini diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara pemimpin setempat, Pentadbiran Pejabat Daerah, Ketua Jabatan dan agensi serta pengerusi MPKK. Dengan majlis seumpama ini, diharapkan agar kerjasama dan hubungan dapat dieratkan dan seterusnya dapat memastikan semua dasar dan tujuan kerajaan tercapai malahan juga untuk memastikan bahawa rakyat mendapat faedah melalui kerjasama yang terjalin.  

Majlis dilihat membolehkan hadirin berinteraksi dan bertukar pandangan dalam suasana santai aidilfitri. Majlis yang meraikan mantan Pengerusi JKKK seramai 35 orang turut menerima dengan sijil penghargaan. Jutaan terima kasih atas jasa dan bakti yang dicurahkan dalam usaha membangunkan kampung dan menjalin ukhwah bersama masyarakat setempat.  

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 28 kali.


Kembali ke Atas