Berita

PDT Kuantan Rai Kecemerlangan Pegawai

peNA eJs

Majlis bermula dengan meraikan kecemerlangan kakitangan PDT Kuantan bagi tahun 2018 dengan menyaksikan 15 orang penerima hadir menerima anugerah. Puan Farahanim mengetuai senarai penerima dengan menerima sijil penghargaan serta sijil simpanan premium bernilai RM1,000 sahaja. Manakala pegawai bertukar keluar dari PDT Kuantan yang dimulakan dengan En Mohd Fadzlee menerima sijil dan hadiah iringan. 

Bakal pesara bagi tahun 2019 turut dirai dengan menerima sijil serta hadiah iringan daripada Kelab PETANDA serta jabatan. Seramai 6 kakitangan PDT Kuantan yang bakal menamatkan perkhidmatannya di PDT Kuantan dirai dengan penuh meriah. 

Dengan menampilkan iringan muzik tradisional, Anak Kayan yang dijemput khas untuk mengadakan persembahan, menjadi daya penarik yang unik sepanjang majlis berlangsung. 

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 21 kali.


Kembali ke Atas