Berita

PDT Kuantan Di Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam Tahun 2018

peNA eJs


Sebanyak sepuluh (10) kumpulan telah bertanding pada Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam Peringkat Pejabat Setiausaha Kerajaan dan Pejabat Daerah dan Tanah Pahang Tahun 2018 pada kali ini. Dikenali sebagai Konvensyen Mini KIK sebelum ini, kumpulan Hybrid. J4P daripada Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut telah dinobatkan sebagai Johan dengan tajuk Projek JFORCE (Jerantut Flood Operational and Rescue Center).

PDT Kuantan menduduki tempat kelapan (ke-8) membawa projek berkaitan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) dan diketuai oleh Encik Mohd Shahril b Yahya dengan kekuatan enam (6) lagi ahli lain. Dengan tajuk Sistem Maklumat Bersepadu Pusat Kawalan Operasi Bencana (iDISASTER) PDT Kuantan akur dengan persembahan yang diadili oleh juri dan akan terus menjadi pemangkin jika terus diberi peluang untuk menyertai program seumpamanya.

Tempat kedua dan ketiga pula telah dimenangi oleh kumpulan Comrade (PDT Bera) dan Smart 3 (PDT Maran). Program ini adalah salah satu inisiatif Kerajaan Negeri di dalam menyemai budaya kreatif dan inovatif di kalangan kakitangan awam di seluruh Negeri Pahang.

Barisan pasukan KIK menerima hadiah berupa wang tunai dan sijil penyertaan daripada Dato' Mohd Zakaria bin Ibrahim, Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang, wakil rasmi YB Setiausaha Kerajaan Pahang. 

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 37 kali.


Kembali ke Atas