Berita

PDT Kuantan Mula Audit SSR 2019

peNA eJs


Barisan panel audit SSR yang ditugaskan adalah di bawah seliaan Seksyen Keurusetiaan, Unit Korporat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang. Tidak hanya melibatkan pengurusan tanah, barisan panel juga berlatar belakangkan pelbagai bidang kepakaran. Panel yang hadir adalah En Che Farhan b Che Mansor, Pn Norazarina bt Ramli, En Zulkifli b Ali, En Muhammad Fahmi b Omar serta En Mohd Suzairi b Mohd Shafi.


Selama sesi audit berlangsung, komitmen pegawai dan kakitangan dari PDT Kuantan dilihat begitu baik serta segala kehendak dan untaian permasalahan yang timbul dapat diperjelaskan dengan baik sekali.

Dengan segala pengalaman dan kepakaran yang ada, barisan panel auditor dilihat sangat memberi kerjasama dan tunjuk ajar yang bersesuaian dengan bidang masing-masing. Harapan yang tinggi harus diletakkan ke atas PDT Kuantan bagi memastikan Pentadbiran Tanah lain boleh menjadikan Kuantan menjadi contoh dan ikutan.

Harapan agar PDT Kuantan dapat menjadi contoh dan ikutan kepada Pentadbiran Tanah lain untuk seiring menjadi Pentadbiran Tanah yang cemerlang dan berdedikasi dalam segala urusan pentadbiran tanah bagi memastikan kepuasan hati pelanggan sama ada secara langsung atau tidak langsung.         

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 12 kali.


Kembali ke Atas