Berita

Pelucutan Hakmilik Daerah Kuantan (Rampasan)

peNA eJs

Merungkai Seksyen 100 Kanun Tanah Negara 1965, memberi impak yang besar terhadap sesuatu pemilikan tanah. Membayar cukai tanah adalah menjadi tanggungjawab semua. Tunggakan hasil adalah merupakan hak kerajaan dan seharusnya rakyat perlu mempunyai kesedaran dan tanggungjawab untuk melunaskan cukai tanah yang ada.

Pelucuthakan kerana ketiadaan bayaran jumlah wang yang dituntut :-

Pentadbir Tanah tidaklah dalam tempoh yang dinyatakan dalam mana-mana notis di bawah seksyen 97 menerima pembayaran oleh atau bagi pihak mana-mana orang atau badan suatu jumlah yang adalah kurang dari jumlah wang yang dituntut; dan jika pada penghujung tempoh itu kesemua jumlah wang itu belum dibayar kepadanya, maka dia hendaklah selepas itu mengisytiharkan dengan perintah bahawa tanah itu dilucuthak kepada Pihak Berkuasa Negeri, dan peruntukan-peruntukan Bahagian Lapan hendaklah mempunyai kuatkuasa mengenainya dengan sewajarnya.

Memetik ucap aluan YAB Menteri Besar Pahang dalam sesi penggulungan pada Persidangan Ketiga Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-14 yang lalu, rakyat Pahang terutamanya harus sedar bahawa hasil yang dikutip itu sebenarnya akan dipulangkan semula dalam bentuk pembangunan ekonomi rakyat. Seharusnya ianya bakal memberi manfaat untuk kesejahteraan rakyat juga.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 54 kali.


Kembali ke Atas