Berita

Penilaian Penarafan Bintang (SSR) Pentadbiran Tanah dan Kuantan

peNA eJs

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia atau dikenali sebagai Malaysian Administrative Modernisation and Management Planning Unit(MAMPU) telah menjalankan penilaian Audit Sistem "Star Rating" kali yang ke-2 bermula 03 September hingga 05 September 2018 di Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan.

Penilaian Audit ini bertujuan bagi penetapan Gred terhadap tahap prestasi jabatan bagi mengukur kecemerlangan jabatan berbanding agensi-agensi kerajaan yang lain khususnya ke arah meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan.

Pengauditan selama dua hari merangkumi sesi taklimat pengenalan seterusnya pemeriksaaan dokumen pembuktian dengan melibatkan barisan para pegawai yang telah dipertanggungjawabkan dalam setiap urusan yang berkaitan.

Pengauditan SSR ini meliputi komponen pengurusan organisasi, pengurusan kewangan, pengurusan sumber manusia, pengurusan ICT, pengurusan rekod, pengurusan strategik dan pengurusan pelanggan. Dengan bertujuan untuk mengukur pengurusan pencapaian di peringkat pentadbiran agar berada pada tahap yang cemerlang, pengauditan juga memberi pengiktirafan kepada jabatan yang telah menunjukkan tahap tadbir urus yang terbaik serta sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan jabatan yang unggul dan telus.

Para panel seterusnya berkongsi beberapa teguran penambahbaikan bagi memantapkan sistem penyampaian di PDT Kuantan. Pegawai yang bertanggungjawab mengambil maklum terhadap teguran-teguran yang diberikan dan seterusnya akan mengambil tindakan bagi memastikan penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan di jabatan dapat dipertingakatkan.

Dengan adanya budaya kerja cemerlang di pelbagai peringkat, prestasi PDT Kuantan dapat dipertingkatkan untuk menggalas pelbagai tugas dalam agenda transformasi negara seterusnya menyumbang kepada peningkatan penyampaian perkhidmatan terhadap seluruh pelanggan yang berurusan. 

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 38 kali.


Kembali ke Atas