Berita

Perhimpunan Pagi Bersama Pegawai Daerah Kuantan - Amanat Tahun Baru 2019

peNA eJs

Dengan kehadiran lebih 120 pegawai dan kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan, YM Tengku Dato' turut memperkenalkan Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan Tanah), En Kamarul Iskandar b Nordin. Beliau menggantikan En Jumshoiry Novdany b Sulaiman yang kini bertugas di Pejawat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Pahang. 

Majlis yang menjadi medan pertemuan antara Pegawai Daerah yang baharu dengan pegawai dan kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan turut diambil peluang yang ada untuk berkongsi maklumat serta menyampaikan amanat tahun baru 2019 yang bakal disambut beberapa hari lagi.

Beberapa amanat penting yang menjadi fokus utama Pentadbiran Daerah disampaikan kepada semua yang hadir dan dilihat menjadi suatu cabaran dan tugas yang perlu digalas bersama semua pihak.

Antara lain, Pegawai Daerah menegaskan tentang pencapaian SSR iaitu kekal kepada 4 bintang dan berharap 2 tahun akan datang dapat peroleh 5 bintang. Bagi merealisasikannya, Pegawai Daerah mohon kerjasama semua untuk menjadikannya sebagai realiti. Dengan usaha yang bersungguh pasti membuahkan hasil.

Aplikasi HRMIS bagi modul cuti, pengisytiharan harta serta SKT yang capai 100 peratus perlu diteruskan. Ini membuktikan warga kerja PDT Kuantan mengambil maklum tentang pelaksanaan modul tersebut dan diguna pakai sepenuhnya.

Pegawai Daerah seterusnya mengucapkan tahniah atas penyediaan MyPortfolio yang juga mencapai 100 peratus. Ianya perlu dikekal dan diteruskan seperti mana yang diarahkan.

Pegawai Daerah seterusnya menyentuh mengenai projek KIK dan ucapan TAHNIAH diucapkan kepada Kumpulan SEMARAK di bawah pimpinan En Ahmad Shahril Yahaya kerana berjaya memperoleh tempat ke lapan (8) dalam Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam Peringkat Pejabat Setiausaha Kerajaan dan Pejabat Daerah dan Tanah Pahang Tahun 2018 yang berlangsung di KUIPSAS pada 15 November 2018 yang lalu.

Harapan bagi tahun 2019 agar PDT Kuantan membawa pulang gelaran juara. Dengan ini, pegawai dan kakitangan PDT Kuantan boleh mula merangka projek dan bagi tahun 2019 untuk dijadikan sebagai projek KIK. Pada majlis tersebut, seperti yang diketahui umum, pasukan KIK yang mewakili PDT Jerantut telah dinobatkan sebagai juara. Dengan itu, ianya menjadi suatu cabaran untuk warga PDT Kuantan untuk memnuhi harapan Pegawai Daerah.

Ucapan syabas juga bagi pentadbir kursus yang berjaya mendapatkan 100 peratus kehadiran tujuh (7) hari berkursus bagi kakitangan PDT Kuantan. Hal ini sekaligus dapat menunjukkan sikap keprihatinan kakitangan PDT Kuantan yang begitu serius menghadiri aktiviti kursus demi memajukan diri dan meningkatkan kemahiran bekerja secara amnya. Secara tidak langsung, ianya melengkapkan dan mencapai KPI Pegawai Daerah.

YM Tengku Dato' seterusnya menekankan kutipan hasil yang perlu dicapai sehingga 90 peratus seperti yang telah diamanatkan oleh YAB Menteri Besar dalam perhimpunan bulanan YAB MB pada 17 Disember yang lalu. Pada tahun 2018, masalah ketirisan hasil Kerajaan Negeri hanya mencapai 76 peratus sahaja. Dengan ini, semua pihak diharapkan agar dapat terus berusaha dengan lebih giat lagi demi mencapai sasaran yang telah ditetapkan Kerajaan Negeri.

Sehubungan dengan itu, Pegawai Daerah mencadangkan agar diadakan perjumpaan secara berkala bagi menyelesaikan masalah tunggakan yang ada di daerah Kuantan. Sebagai langkah yang pertama, peranan kakitangan juga sebagai penjawat awam untuk mengingatkan dan mewar warkan kepada ahli keluarga tentang kewajipan membayar cukai hasil tanah.

Sebagai alternatif pengurangan tunggakan, Kerajaan Negeri juga akan melupuskan tunggakan cukai hasil bagi tanah lapang dengan syarat mengembalikan geran tanah tersebut kepada kerajaan untuk proses berikutnya.

Bencana banjir yang berlaku pada awal penghijrahan Pegawai Daerah seolah menyambut kehadirannya ke Daerah Kuantan. Tugas penting pertama yang digalas beliau adalah merencana PKOB Kuantan. Pada tanggal 13 hingga 15 Disember yang lalu PKOB Daerah Kuantan telah dibuka akibat banjir kilat.

Beliau turut berkongsi pengalamannya ketika hadir ke pusat pemindahan banjir di Sek Keb Sg Ular dan Sek Keb Kempadang dengan lawatan oleh keluarga Diraja Pahang. Sekalung ucapan terima kaish kepada semua yang terlibat dengan memberi kerjasama yang baik sepanjang tempoh membantu mangsa banjir kilat yang terlibat. YM Tengku Dato' menaruh harapan yang tinggi bagi PDT Kuantan mengikut jejak PDT Jerantut yang telah peroleh pensijilan MS ISO 9001:2015. Pendedahan tentang penyediaan dokumen serta tindakan yang perlu bagi penganugerahan sijil tersebut telah diadakan pada 17 hingga 19 Disember yang lalu dan telah melibatkan semua bahagian dan unit di PDT Kuantan. Dengan penglibatan konsultan yang sama, PDT Kuantan diharap dapat menyelesaiakannya seterus menerima pensijilan pada tahun 2019 ini.

YM Tengku Dato' yakin dengan kerjasma dan persediaan rapi oleh pegawai dan kakitangan PDT Kuantan, pasti mampu peroleh pensijilan MS ISO 9001:2015 dalam tempoh enam (6) bulan sahaja.

Dalam amanat tahun 2019 seterusnya Pegawai Daerah dengan tegasnya membuat kenyataan mengenai salah laku kakitangan yang perlu diambil tindakan tatatertib. Hal ini dipandang serius dan yakin dengan cara ini mampu untuk meningkatkan disiplin di kalangan kakitangan PDT Kuantan.

Isu paling hangat pada mada ini adalah membawa anak ke pejabat. Ini turut menarik perhatian YM Tengku Dato' untuk sekali lagi mengingatkan kakitangan agar mengambil berat tentang isu ini. Dengan harapan agar isu ini tidak akan berulang, beliau yakin pegawai dan kakitangan telah maklum arahan yang telah dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan.

Pegawai Daerah menegaskan akan mula menggunapakai sepenuhnya modul cuti dalam aplikasi HRMIS dan tiada lagi borang manual digunakan. Dengan ini beliau memohon kerjasama semua peringkat kakitangan agar penggunaan modul cuti ini akan dikuatkuasakan dalam masa enam (6) bulan akan datang.

Bagi kakitangan yang tidak mempunyai kemudahan komputer, pemohon boleh mendapatkan bantuan Pembantu Tadbir yang ada. Beliau faham tentang kekangan peralatan ICT yang ada dan berharap ini bukan menjadi halangan besar.

YM Tengku Dato' menaruh harapan agar warga PDT Kuantan dapat bekerja bersama-sama. Meletakkan harapan untuk menjadikan PDT Kuantan sebagai benchmark kepada semua PDT lain di Pahang menngakhiri amanat beliau pada perhimpunan pagi 2019 ini.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 44 kali.


Kembali ke Atas