Berita

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Mulai 4 Mei 2020

peNA eJs

Bukan menjadi tiket kebebasan orang ramai untuk bergerak dalam tempoh pelaksanaan PKPB ini. Ia juga bukanlah sebagai petanda wabak COVID 19 berjaya diatasi, namun kelonggaran ini lebih tertumpu kepada kepentingan ekonomi negara. 

Rakyat Malaysia yang prihatin perlu mengikuti saranan kerajaan dan Kementerian Kesihatan bagi memastikan negara benar-benar berjaya mengatasi penularan Covid-19  ini. Sebahagian besar aktiviti ekonomi dan sosial yang dibenarkan beroperasi mulai 4 Mei ini tertakluk kepada syarat dan prosedur operasi standard (SOP).

Keputusan bagi pelaksanaan PKPB dipersetujui setelah perbincangan secara panjang lebar bagi mencari jalan mengimbangi keperluan untuk memulihkan ekonomi negara dan kepentingan membendung wabak COVID 19. Rakyat yang prihatin dan bertanggunjawab masih perlu merujuk laman web Majlis Keselamatan Negara bagi peroleh sebarang maklumat berkaitan. 

Berikut dikongsikan norma baharu bekerja di pejabat sempena pelaksanaan PKPB bagi sektor kerajaan sebagai panduan dan rujukan penjawat awam Negeri Pahang khususnya.  

Norma Baharu Penjawat Awam

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 58 kali.


Kembali ke Atas