Berita

Permata Hati Rakyat

peNA eJs

Pemasyhuran Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang diadakan pada 29 januari 2019 yang lalu meletakkan baginda sebagai Tengku Ampuan Pahang terkini dalam kesultanan pahang era moden.

Rakyat Pahang sememangnya bertuah dan sangat beruntung kerana memiliki Tunku Azizah yang mesra dan prihatin dengan nasib rakyat.

Keperibadian baginda yang sering mengetepikan protokol setiap kali mencemar duli turun padang menjenguk kehidupan rakyat menarik perhatian ramai pihak dan kagum dengan sikpanya yang ramah dan mesra.

Tunku Azizah yang mencemar duli ke Majlis Santapan Malam bersama barisan NGO wanita turut berkenan menyaksikan pelbagai persembahan yang disediakan. Baginda turut ditemani Yang Amat Mulia Tengku Puteri Seri Lelawangsa Pahang serta Yang Amat Berbahaiga Cik Puan Muda.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Yang Amat Berbahagia Datin Sri Dato' Hajah Burhah bt Mohamed, isteri kepada YAB Menteri Besar Pahang.

Usai titah diraja, majlis santapan malam dimulakan dan diikuti dengan persembahan Pemuzik Warisan, persembahan Band, serta persembahan Koir Pertubuhan Perkumpulan Perempuan Pahang dan Persatuan Pandu Puteri.

Tergambar pada wajah Tunku Aziah kegembiraan kerana dapat bersama NGO wanita yang antara lain terdiri daripada TERATAI, PUSPANITA, PERKEP, PEWANI UiTM PAHANG, TIARANITA, PERISMA, USAHANITA, Persatuan Guru Tadika Pahang dan lain-lain lagi.

Keperibadian, keikhlasan dan kemesraan Tunku Azizan menjadikan baginda permata hati yang disayangi seluruh rakyat Pahang.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 28 kali.


Kembali ke Atas