Berita

Hari Keluarga PETANDA 2019

peNA eJs



Kehadiran YDP Kelab PETANDA membuktikan bahawa ianya merupakan salah satu program yang dapat mengeratkan silaturrahim bukan sahaja di kalangan ahli Kelab PETANDA malah turut juga bersama ahli keluarga. Pemilihan Kuala Terengganu sebagai destinasi program pada tahun ini tepat dan dirasakan amat sesuai kerana suasana pantai  landai yang menarik serta pusat membeli belah barangan tempatan selesa dan mempunyai banyak pilihan. 

Hari Keluarga PETANDA 2019 pada tahun ini dimulakan pada hari pertama 'check in' dengan acara karaoke serentak dengan pertandingan mewarna bagi kanak-kanak. Seramai 11 ahli Kelab PETANDA serta keluarga yang telah sama-sama menyumbang suara bagi merebut gelaran juara. 

Pendaftaran bilik dimulai sedari jam 2 petang dan peserta boleh terus berehat sementara menantikan aktiviti pada malam hari. Kunjungan ke pantai yang bersih dan menarik serta gerai jualan makanan laut popular menarik perhatian pengunjung. 

Tidak kurang juga yang mengambil peluang untuk melawat ke Jambatan Angkat ('draw-bridge') yang menjadi mercu tanda ikonik baharu yang pertama seumpamanya di tanah air dan Asia Tenggara. Begitu juga Pesisir Payang yang popular dengan pusat sehenti bagi membeli pelbagai barangan keluaran tempatan yang selesa.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 5 kali.


Kembali ke Atas