Berita

Ahli Kelab PETANDA Kuantan Meriah Sedia Bubur Lambuk

peNA eJs


Dengan 2 unit periuk kawah, agihan bubur lambuk kepada ahli PETANDA serta jabatan kejiranan di sekitar selesai pada tengah hari. Ketua Penolong Pegawai Daerah (Tanah), Encik Kamarul Iskandar b Nordin telah sudi menyampaikan bubur lambuk kepada wakil unit di PDT Kuantan.  

Projek gotong-royong ini bakal menjadi program tahunan di PDT Kuantan kerana secara tidak langsung dapat mengukuhkan silaturrahim antara ahli. Semangat kerja berpasukan dilihat berjaya  diterapkan sehingga selesai menyiapkan lebih 700 bekas bubur lambuk. 

Rata-rata ahli PETANDA amat berpuas hati dengan agihan yang dijalankan kepada setiap unit. Semoga aktiviti seumpamanya dapat terus dilaksanakan saban tahun kerana secara tidak langsung dapat berkongsi rezeki yang dikurniakan.  

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 25 kali.


Kembali ke Atas