Berita

Sukaneka PETANDA

peNA eJs


Ikatan silaturrahim juga dapat disemai dan dipupuk dengan lebih erat dengan adanya program sebegini di peringkat jabatan. Pastinya ahli keluarga juga mengambil kesempatan untuk berkenalan dan bertanya khabar dmi mengeratkan lagi tali persahabatan.


Pelbagai acara sukaneka telah disediakan dan berjaya diselaraskan dengan baik oleh Biro Sukan PETANDA. Antara lain adalah Balingan Kasih, Fujiyama dan Futsal. Begitu juga dengan acara bagi kanak-kanak yang tidak kurang juga hebatnya. Kanak-kanak begitu teruja dengan acara isi air dalam botol, kerusi berirama serta tiup belon. Pelbagai hadiah turut disediakan bagi memastikan golongan kanak-kanak mendapat saguhati yang boleh dibawa pulang.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 17 kali.


Kembali ke Atas