Berita

Pilihanraya Ke-14 Parlimen Paya Besar

peNA eJs

Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Shahar Abdullah menepati ramalan apabila memenangi kerusi Parlimen Paya Besar selepas memperoleh majoriti 5,742 undi dengan menewaskan calon PKR, Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir yang mendapat 11,776 undi dan calon PAS, Mohd Azhar Mohamad Nor dengan 13,291 undi.

Keputusan pilihanraya bagi Parlimen Paya Besar diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Paya Besar, Dato' Zaliza b Zulkipli di Stadium Tertutup SUKPA, Bandar Indera Mahkota.

Sementara itu, penyandang kerusi di DUN Sungai Lembing dapat dipertahankan Dato' Md Sohaimi Mohamed Shah bag penggal kelima dengan menewaskan calon dari PAS, Mohd Hazmi Dibok dan calon PKR, Datuk Fauzi Abdul Rahman dengan jumlah majoriti sebanyak 1,965.

Bagi DUN Lepar, calon baharu, Abdul Rahim Muda menang selesa dengan majoriti 2,779 menewaskan calon PKR, Nur Addin Ibrahim dan PAS, Mohd Norhisam Muhammad.

Kerusi DUN Panching yang menyaksikan pertembungan empat penjuru menjadi milik PAS, apabila Mohd Tarmizi Yahaya meraih kemenangan dengan bilangan majoriti tipis. Beliau mengalahkan penyamdang, Dato' Mohd Zaili (BN), Kamarzaman Mohamed Yunus (PKR) dan calon BEBAS, Benzin Dagok.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 36 kali.


Kembali ke Atas