Berita

PKPP Dilanjutkan

peNA eJs

Pelaksanaan itu bagaimanapun tidak meliputi Selangor, Kuala Lumpur dan Sabah serta lokaliti tertentu yang diletakkan bawah PKP Bersyarat (PKPB) atau PKP Diperketatkan (PKPD). Perintah baharu ini telah pun direkodkan dalam Warta Kerajaan Persekutuan, menurut Menteri  Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Keputusan itu mengambil kira hasil penilaian risiko yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan yang mendapati peningkatan ketara kes COVID-19 masih berlaku di seluruh negara dengan kadar kebolehjangkitan tinggi. Semua prosedur operasi standard (SOP) bawah PKPP adalah terpakai bagi tempoh kuat kuasa diwartakan dan tertakluk kepada perubahan yang akan diumumkan dari semasa ke semasa. Kepatuhan ini adalah menjadi pemangkin kepada pengekangan penularan wabak di kalangan rakyat Malaysia. 

Pengamatan dan pematuhan kepada SOP ketat ini antara lain adalah dengan mengamalkan 3W dan mengelakkan 3C bagi mengawal penularan COVID-19.

Amalan 3W ialah memakai pelitup muka (wear), kerap mencuci tangan (wash), memberi amaran kepada ahli keluarga, rakan dan jiran untuk mematuhi SOP (warn), manakala 3C dielakkan pula adalah tempat sempit (confine space), kesesakan (crowded place) serta bercakap dengan rapat (close conversation).

Cabaran 2021 adalah lebih besar bukan saja bagi negara ini, malah seluruh dunia. Maka dengan itu, sebagai rakyat yang prihatin dan cakna, kita haruslah memulakan perjalanan 2021 dengan tekad dan azam untuk terus bersama mendepani apa jua cabaran, khususnya dalam memerangi wabak COVID-19.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 69 kali.


Kembali ke Atas