Berita

Persediaan Sambutan Kemerdekaan Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan

peNA eJs

Setiap tahun, Pahang juga tidak terkecuali menganjurkan perarakan dan perbarisan Hari Kemerdekaan bagi menyemarakkan semangat patriotisme di kalangan rakyat. Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan sekali lagi mendapat kepercayaan kerajaan negeri dalam penyediaan cenderamata untuk diagihkan kepada para tetamu khas.

Berdiri megah berkibarnya Jalur Gemilang membuktikan rakyat sangat menghargai perjuangan sehingga memperoleh kemerdekaan dan dapat mengharungi kehidupan yang aman dan damai sehingga saat ini.

Rakyat perlu sama-sama menunjukkan semangat patriotisme dengan mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang Bulan Kebangsaan ini harus disambut dan dizahirkan dengan penuh penghayatan. Terkibarnya Jalur Gemilang memberi tanda kemeriahan suasana sambutan kemerdekaan serta lambang kecintaan kita kepada negara.

Tema sambutan harus dijadikan landasan kesedaran bahawa setiap rakyat harmoni dan sejahtera dalam satu wilayah kenegaraan yang mempunyai kedaulatan dan kemerdekaan tidak boleh digugat oleh mana-mana pihak. 

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 25 kali.


Kembali ke Atas