Berita

Program AKRAB Penjawat Awam Pemangkin Perubahan Anjuran PDT Kuantan

peNA eJs

Program bermula dengan taklimat integriti yang banyak berkisar dengan tanggungjawab sebagai penjawat awam dalam integriti dalam melaksanakan tugas. Tayangan video dan persembahan dari paparan di layar menarik minat peserta bengkel. Kerjasama dengan penceramah yang dijemput juga sangat baik. Puan Norbaiti sebagai Pegawai Integriti SUK merumuskan aktiviti pada sesi pertama ini sebagai suatu permulaan ke arah peningkatan kesedaran terhadap soal integriti dalam melaksanakan kerja.

Sesi kedua aktiviti dalam Program AKRAB Penjawat Awam Pemangkin Perubahan Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan dikendalikan oleh Pegawai Psikologi HTAA Kuantan. Membawakan tajuk Transformasi Personaliti, aktiviti berkumpulan ini dilihat lebih menarik kerana tumpuan tidak hanya tertumpu kepada paparan di layar.

Kerjasama dari peserta program sangat positif dan sentiasa ceria. Dengan berbekalkan media komunikasi yang ada, tarikan peserta sangat baik dan seronok. Tidak hanya tertumpu dengan aktiviti secara berpasangan, bengkel dilihat dapat menyelami sifat dan sikap pasangan masing-masing di samping dapat menilai sifat dalam diri sendiri.

Ujian personaliti yang dilaksanakan pada sesi akhir slot pada pagi ini menarik minat peserta serta dapat menggambarkan sifat dalam diri peserta yang perlu ditangani serta dinilai dalam persekitaran kerja seharian. Bermain dengan emosi memberikan gambaran diri dalam membawa watak sendiri di tempat kerja.

Pn Zanariah seterusnya menyambung sesi petang pada hari pertama ini dengan sesi Transformasi Prestasi yang banyak melibatkan peserta untuk menjalankan aktiviti dalam kumpulan. Keceriaan dan kerjasama peserta dalam aktiviti yang dijalankan sangat baik dan meriah.

Keseronokan aktiviti ini secara tidak langsung dapat mengikis perasaan takut dan peserta lebih berani untuk tampil di hadapan ramai dengan penuh rasa yakin. Interaksi antara peserta dan penceramah begitu baik sekali.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 19 kali.


Kembali ke Atas