Berita

Program Perhimpunan YAB Menteri Besar Pahang Bersama Penjawat Awam Negeri Pahang

peNA eJs

Dalam ucap mulanya, YAB MB memberi harapan yang sangat tinggi sebagai Ketua Kerajaan Negeri untuk melihat Kerajaan Negeri pada hari ini mampu menjadi Kerajaan yang BERJAYA, BERKESAN dan memuaskan hati rakyat.

Program dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Allah Selamatkan Sultan Kami serta Lagu Perkhidmatan Awam 

Dalam jangka masa enam (6) bulan menjawat jawatan Menteri Besar, beliau menegaskan pendekatan yang digunakan telah mampu memberi nafas baharu kepada corak Pentadbiranan Kerajaan Negeri Pahang ini. Antara inisiatif yang telah diambil adalah seperti berikut : 

1

Penurunan Kuasa kelulusan Kebenaran Pindah Milik dan Gadaian Tanah daripada Pihak Berkuasa Negeri atau Menteri Besar kepada Pentadbir Tanah (satu (1) hingga dua (2) hari bagi tujuan kasih sayang).

Sehingga Nov 2018, sebanyak 566 Kebenaran Pindah Milik dan Gadaian Tanah diterima dan diluluskan dalam masa yang telah ditetapkan.

2

Mewujudkan saluaran terus aduan rakyat kepada YAB MB melalui aduanwanrosdy.com

Pasukan khas akan meneliti setiap aduan yang diterima dan dijawab oleh pihak yang berkaitan serta diambil tindakan.

3

Meneruskan projek Perumahan Mampu Milik iaitu melalui PR1MA Pahang dan RUMAH MAKMUR

Menggesa agar penjawat awam mengambil peluang untuk membeli rumah untuk jaminan masa hadapan.

4

Menubuhkan tabung Perumahan Rakyat

Dana digunakan untuk membina rumah mampu milik untuk golongan berpendapatan rendah


YAB MB menegaskan juga bahawa sasaran 90% kepada kutipan hasil tanah negeri dan menjadi fokus utama Kerajaan Negeri pada 2019. Ianya akan menjadi KPI kepada semua pihak yang terlibat dalam kutipan hasil tanah. Banyak peluang dan ruang yang ada perlu untuk ditingkatkan bagi mencapai sasaran tersebut. RM81.9 juta yang tertunggak diharap dapat dicapai kerana ianya adalah menjadi fokus utama kepada pegawai dan kakitangan yang terlibat.

Dalam pembentangan bajet negeri baru-baru ini, Kerajaan Negeri Pahang telah menetapkan sasaran kutipan hasil tanah dan galian bagi tahun 2019 adalah berjumlah RM388.88 juta. Sehubungan dengan itu, pihak yang terlibat seterusnya boleh mengemukakan sebarang cadangan kepada Kerajaan Negeri untuk meningkatkan pencapaian kutipan hasil tanah.  

Dalam ucap amanatnya juga, YAB MB turut menggesa rakyat untuk memberi sebarang cadangan dan pandangan untuk dinilai dan diambil tindakan yang sewajarnya. Bagi memastikan segala cadangan, idea dan pandangan itu diamibil maklum untuk tindakan selanjutnya, YAB MB telah menjadikan cadananwanrosdy.com sebagai platform secara terus.

YAB MB percaya pegawai-pegawai muda di negeri Pahang ini mempunyai pemikiran yang bernas dan dengan itu akan mengaturkan sesi dialog bersama mereka. Sesi dialog tersebut akan dilaksanakan dengan setelah mendapat persetujuan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Dalam sektor perumahan, YAB MB telah mensasarkan Kerajaan Negeri akan menyiapkan 1000 unit rumah PR1MA bagi tahun 2019 manakala dua (2) orojek pembinaan RUMAH MAKMUR mesti dimulakan pembinaannya.

Penubuhan syarikat Kerajaan Negeri dilihat antara jentera yang penting dalam mencapai kemajuan dan aktiviti ekonomi. Pada tahun 2017, S-GLC telah mencatatkan pendapatan sebanyak RM2.6 billion dengan keuntungan sebanyak RM565 juta. Mulai tahun 2018, Kerajaan Negeri telah menetapan bahawa sebahagian daripada keuntungan tahun S-GLC dikembalikan kerpada Kerajaan Negeri.

Mulai Mac 2019 keuntungan S-GLC yang diterima akan direkodkan sebagai hasil Kerajaan Negeri. Maka dengan itu, bagi penambahbaikan kepad tadbir urus S-GLC, Kerajaan akan menubuhkan PAHANG INVESTMENT CORPORATION (P.I.C) sebagai langkah strategik untuk penstrukturan dan mengawal selia prestasi serta perkembangan S-GLC.


Akhirnya, sebagai menghargai jasa dan kakitangan, Kerajaan Negeri akan membayar sejumlah RM500 kepada penjawat awam Negeri Pahang dan akan mula dibayar bermula 18 Disember 2019. 

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 42 kali.


Kembali ke Atas