Berita

Program Sentuhan Kasih Yayasan Petronas Daerah Kuantan

peNA eJs

Pelajar terpilih daripada 24 buah sekolah rendah dan menengah di daerah Kuantan ini bukan sahaja menerina baucar RM300 setiap seorang bagi melengkapkan keperluan sambutan AidilFitri nanti, malah mereka juga turut menerima tunai RM100.

Setinggi penghargaan terima kasih atas jasa dan bakti yang telah disumbangkan kepada golongan pelajar yang tidak berkemampuan ini. Pengurus Besar Petronas Pantai Timur Datuk Wan Mohd Hasnan Abdullah menyifatkan bahawa tanggungjawab sosial korporat (CSR) Yayasan Petronas ini adalah merupakan program tahunan.

Walau pelbagai halangan dan rintangan yang dihadapi, Yayasan Petronas tetap melaksanakan program seumpama ini saban tahun dan sehingga tahun ini seramai 2,800 keluarga telah menerima manfaat sumbangan seumpamanya.

Kehadiran YAB Meneri Besar Pahang, YB Dato' Sri Wan Rosdy dapat menambah keceriaan pelajar dan keluarga pada majlis iftar bersama Yayasan Petronas pada Program Sentuhan Kasih tersebut. Rata-rata pelajar dan keluarga dilihat begitu teruja dengan kehadiran YAB Menteri Besar dan tidak melepaskan peluang untuk merakam kenangan bersamanya yang sangat ramah dan mesra. 

Pemilihan pelajar yang berusia antara 7 hingga 17 tahun dilaksanakan oleh kakitangan PETRONAS sendiri dan mendapat kerjasama dan perkongsian maklumat dari kalangan pemimpin setempat.

Program Sentuhan Kasih Yayasan Petronas adalah merupakan sebahagian daripada program CSR namun tidak hanya tertumpu kepada musim perayaan semata-mata. Sehingga kini sumbangan wang tunai serta barangan keperluan harian kepada penerima yang dipilih dari 13 buah negeri melibatkan RM815,000.00. 

 Program tersebut menyaksikan Wan Mohd Hasnan dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Chemical MTBE Azlimi Mohd Lazim meluangkan masa, beramah mesra dan menyertai sesi membeli-belah persiapan raya bersama penerima sumbangan di pusat membeli belah MYDIN, Kuantan.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 13 kali.


Kembali ke Atas