Berita

PUSPANITA Daerah Kuantan Anjur Bengkel Solat

peNA eJs


Dengan kehadiran ahli PUSPANITA Daerah Kuantan yang amat menggalakkan,    prorgram yang berlangsung selama tiga jam ini dilihat memberi impak yang besar kepada peserta. Bagi mendalami ilmu dalam melaksanakan ibadah solat,  peserta dilihat begitu teruja dan memohon agar bengkel seumpamanya dibuat dengan pelaksanaan secara praktikal sekali.

Ustazah Hafsah berhijrah dari Sarawak ke Pahang setelah bertemu jodoh dengan rakyat Pahang telah lebih 20 tahun bertugas sebagai pendidik di SMK Beserah. Ustazah tidak lokek berkongsi ilmu dan pengalaman beliau sepanjang  menjadi seorang pendidik yang sangat komited dengan tugasnya. Beliau juga merupakan salah seorang penggerak Rumah Ngaji yang saban minggu mempunyai program yang telah dirancang. 

Ahli PUSPANITA Daerah Kuantan juga teruja dengan perkongsian aktiviti dan tips yang dikongsikan Ustazah Hafsah dalam menjamin pembentukan akidah dalam kehidupan seharian. Semoga ilmu dan pengalaman yang dikongsikan dapat menjadi panduan dan ikutan peserta demi menjadi muslim yang bertakwa.  

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 7 kali.


Kembali ke Atas