Berita

Raja dan Rakyat Berpisah Tiada

peNA eJs

Majlis yang akan berlangsung di Balairung Seri, Istana Abu Bakar pada 11 pagi itu mencatat sejarah penting bagi negeri itu selepas kali terakhir istiadat itu diadakan pada 45 tahun lalu, sempena pemasyhuran ayahanda baginda, Sultan Ahmad Shah Sultan Abu Bakar pada 7 Mei 1974.

Kakitangan PDT Kuantan turut sama mengibar bendera Pahang di sekitar pagar masuk utama premis jabatan pada pagi ini 

Kibaran bendera Pahang mula menghiasi premis-premis Kerajaan di sekitar bandar Kuantan. Kelihatan kakitangan PDT Kuantan juga tidak kurang sibuknya mengibar bendera menyambut kemeriahan suasana pemahsyuran tersebut. 

Laungan kalimat mulia,  Allahu Akhbar dan Daulat Tuanku akan mengiringi istiadat pemasyhuran Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah sebagai Sultan Pahang Keenam di Balairung Istana Abu Bakar, Pekan.

Sultan Abdullah dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang keenam selepas 30 Ahli Majlis Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Pahang yang bermesyuarat di Kuala Lumpur, Jumaat lalu sebulat suara bersetuju berkuat kuasa serta merta.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 30 kali.


Kembali ke Atas