Berita

Rakyat Kuantan Raikan Majlis Berbuka Puasa dan Pengurniaan Sumbangan

peNA eJs

Baginda berazam akan meneruskan program bersama rakyat sekaligus memanjangkan legasi Almarhum Paduka Ayahanda Sultan seperti yang telah diterapkan seperti zaman pemerintahanAlmarhum sejak bertahun lamanya. Titah baginda juga, program bersama rakyat yang menjadi amalan ini adalah antara usaha yang berterusan untuk mendekatkan hubungan antara raja dan rakyat di negera ini amnya. Ini pasti menjadi prinsip yang mengukuhkan ikatan silaturrahim antara pemerintah dan rakyat. 

Majlis Berbuka Puasa dan Pengurniaan Sumbangan Kepada Golongan Memerlukan Bantuan di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 bukan sahaja menyaksikan penerimaan zakit perniagaan oleh sembilan (9) badan korporat yang berjumlah RM9.4 juta malah baginda turut menyempurnakan pengurniaan sumbangan kepada lebih 200 orang yang terdiri daripada golongan asnaf di Daerah Kuantan. 

Terdahulu, YAB Menteri Besar turut menyampaikan ucapan aluan usai majlis diperdengarkan dengan bacaan ayat suci Al-Quran. 

Turut hadir sama YAB Menteri Besar, Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail dan barisan ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri.
Sementara itu, Seri Paduka bertitah, zakat perniagaan merupakan tanggungjawab yang wajib ditunaikan ke atas mereka yang memenuhi syarat-syarat ditetapkan.
Dalam titah, baginda juga menegaskan antara hikmah zakat adalah untuk mengurangkan kesusahan serta kesempitan golongan fakir dan miskin di samping untuk merapatkan lagi jurang perbezaan di antara golongan berada dengan mereka yang kurang bernasib baik.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 17 kali.


Kembali ke Atas