Berita

Sambutan Maal Hijrah Meriah

peNA eJs

Baginda menyertai hampir 2,000 umat Islam mendengar ceramah disampaikan kadi Temerloh Abdul Aziz Abdul Karim dan bacaan al-Quran oleh wakil negeri ke Pertandingan Tilawah al-Quran peringkat kebangsaan 2018, Mohd Khalil Mohd Zari. 


Baginda turut berkenan menyampaikan anugerah Tokoh Maal Hijrah peringkat negeri kepada Dekan Fakulti Pengajian Islam, Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah Datuk Dr Ahmad Munawar Abdul Jalil, 60, dan lima penerima lain.

Baginda bertitah agar umat Islam diminta tidak mengabaikan tuntutan ajaran agama Islam atas dasar kemajuan, pemodenan dan perubahan gaya hidup. Umat Islam sebaliknya hendaklah terus memperkukuhkan pegangan akidah masing-masing. Kerajaan negeri perlu menangani usaha pihak tertentu yang cuba memesong akidah umat Islam.

Kemeriahan sambutan ini melibatkan pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan dan swasta dan menyaksikan umat Islam menyambutnya dengan penuh rasa bersyukur dan penuh keazaman. Umat Islam turut diseru agar dapat menghayati erti penghijrahan seperti dilakukan Rasulullah SAW dan sedia melakukan pengorbanan tanpa belah bahagi demi perpaduan umat Islam amnya.

Pada masa sama, umat Islam juga perlu menghayati erti penghijrahan seperti dilakukan Rasulullah SAW dan sedia melakukan pengorbanan tanpa berbelah bahagi demi perpaduan umat Islam. 

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 35 kali.


Kembali ke Atas