Berita
Selamat Datang YB Setiausaha Kerajaan Pahang
Peneraju
pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang kini beralih kepada Dato’ Sri Dr
Sallehuddin Ishak yang pernah bertugas sebagai Pegawai Daerah
Temerloh suatu ketika dahulu. Sesi kunjung hormat ke Pejabat YAB
Menteri Besar pada pagi ini menyaksikan Majlis Penyerahan Nota Serah
Tugas antara keduanya sambil disaksikan tetamu kehormat yang
dijemput.
Dato’ Sri Dr Sallehuddin merupakan bekas Ketua Pengarah Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) Persekutuan dilihat ceria mengimbas cap jari sebagai tanda bermulanya pentadbiran beliau sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang. Beliau seterusnya mengangkat sumpah rahsia di hadapan YAB Menteri Besar Pahang.
Acara kunjung harmat YB Setiausaha Kerajaan Pahang diakhiri dengan sesi ucap selamat dan mengimbas cap jari mantan YB Setiausaha Kerajaan Pahang. Simbolik acara tersebut bererti berakhirnya perkhidmatan Dato’ Sri Muhammad Safian Ismail selaku penjawat awam selama 41 tahun.
Jutaan
penghargaan terima kasih diucapkan kepada Dato’ Sri Muhammad Safian
Ismail atas segala jasa yang telah dicurahkan sepanjang memikul tugas
sebagai penjawat awam dan menabur bakti di bumi Pahang ini.
Harapan agar Dato’ Sri Dr Sallehuddin Ishak dapat meneraju perkhidmatan awam Negeri Pahang dengan lebih saksama dan terus dapat memantapkan lagi jentera pentadbiran negeri.
Gambar ihsan fb Wan Rosdy bin Wan Ismail
Kembali ke Atas