Berita

Simulasi Banjir Bukti Sikap Prihatin Warga Kuantan

peNA eJs


Penglibatan pelbagai agensi turut membuktikan program simulasi ini mendapat perhatian banyak pihak bagi melihat dan memastikan tahap kesiapsiagaan agensi berada pada tahap yang baik dan sentiasa bersedia bagi menghadapi sebarang bencana pada masa akan datang. Antara agensi yang terlibat termasuklah JKM, PDRM, BOMBA dan sebagainya. Tidak dilupakan, peranan besar yang turut ditunjukkan oleh pasukan Angkatan Pertahanan Awam (APM). 

Selaras dengan program yang bakal memberi impak besar kepada warga penduduk daerah Kuantan ini, aktiviti menyelamat serta keselamatan penduduk menjadi fokus utama agensi yang terlibat bagi memastikan tahap pengurusan bencana berada pada tahap yang memuaskan.  

Program yang julung kali diadakan di mukim ini turut menarik perhatian agensi lain yang turut sama menyumbang kepada proses kesiapsiagaan bagi melancarkan proses menyelamat jika berlakunya sebarang bencana. Peranan penting yang diselaraskan pada peringkat sekolah turut memberi impak kepada warga pelajar dan peranan guru dilihat menjadi faktor penting kepada tahap kesediaan pelajar yang terlibat dalam menghadapi sebarang bencana. Pelbagai rangka program yang dirancang akan memberi impak kepada barisan pelajar agar tidak panik dan bimbang tentang keselamatan diri. Barisan guru akan menjadi pembimbing kepada kumpulan pelajar yang terlibat yang akan diberi kaunseling juga oleh pihak JKM. 

Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) yang melibatkan PDT Kuantan akan menyelaras pengurusan bencana di mana Pegawai Daerah Kuantan akan bertindak sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah. Kerjasama sepenuhnya dari pihak JKM dalam pembentukan jawatankuasa-jawatankuasa yang dibentuk akan mula memainkan peranan masing-masing bagi memastikan kelancaran pengurusan bencana di sesuatu daerah. 

Puan Norjuhasmi bt Hassim dari Unit Bencana JKM Daerah Kuantan, En Zulmajdi b Idris sebagai Penolong Pegawai Kaunselor serta Doktor Zulfadli Muhammad Noor dari Sektor Kesihatan Pekerjaan Dan Alam Sekitar, Pejabat Kesihatan Daerah Kuantan turut sama berganding bahu bagi memberi penerangan tentang tugas, tanggungjawab serta peranan yang akan diambil oleh pihak berkenaan sepanjang berlakunya sesuatu bencana yang menimpa penduduk sesuatu kawasan. 

Petugas perubatan akan berada di pusat pemindahan yg mempunyai lebih dari 500 mangsa. Jika tidak petugas perubatan akan datang sekali sahaja untuk melaksanakan tugas pemeriksaan kesihatan kepada semua mangsa bencana. Psikology Supporting Team dari JKM akan merangka pelbagai aktiviti di pusat pemindahan mangsa bencana bagi memastikan mangsa berada dalam keadaan yang selesa. 

Program turut juga melibatkan anggota dari Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang telah memberi penerangan dan taklimat secara ringkas dan padat yang disampaikan oleh Pn Zubaidah bt Said. ASP Mohamad Keny b Abdullah juga berpuas hati dengan persiapan bagi menghadapi bencana ini. Ini secara tidak langsung telah memberi gambaran bahawa PDT Kuantan bersama agensi-agensi yang berkaitan telah bersiap sedia dan berganding bahu dalam memastikan pengurusan bencana di Daerah Kuantan dapat diselaraskan dengan baik dan memberi impak yang besar kepada masyarakat setempat. 

Pegawai Daerah Kuantan, YM Tengku Dato' Nor Asmaliza turut menzahirkan rasa gembira dan berpuas hati dengan segala persiapan yang telah dijalankan oleh semua pihak. Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmiannya yang juga turut mengharapkan kerjasama dan komitmen yang ditunjukkan ini berterusan sehingga bencana benar-benar menimpa. 

Beliau turut menegaskan bahawa sebanyak 96 pusat pemindahan bencana di daerah Kuantan telah punyai pengalaman luas dalam menghadapi bencana ini. Turut ditegaskan petugas yang bakal bertugas di mana-mana pusat pemindahan bencana perlu melalui prosedur dan pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu sebelum turut sama menjayakan visi menyelamat tanpa mengira latar belakang mangsa. 

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 12 kali.


Kembali ke Atas