Berita

SOP Mengunjungi Kaunter PDT Kuantan Terus Dipatuhi

peNA eJs

  

Memasuki hari ke-6 pembukaan kaunter PDT Kuantan mencatatkan bilangan pengunjung yang bertambah dari hari ke hari. Ini membuktikan pengunjung mempunyai tahap kesedaran yang tinggi terhadap tanggungjawab yang perlu dilunaskan. 

 

 

Bukan sahaja kaunter Unit Hasil yang menerima pelanggan, kaunter Unit Pendaftaran dan Unit Pembangunan Tanah yang menerima pelanggan hanya secara temujanji juga mencatatkan bilangan pelanggan yang bertambah. Peluang dalam tempoh PKPB ini diambil bagi menyelesaikan sebarang urusan sebelum cuti perayaan akan datang. 

  

Pentadbiran PDT Kuantan juga telah mengambil inisiatif bagi memastikan pelanggan yang datang dapat menyelesaikan urusan dengan mudah dan tempat menunggu yang mesra pengguna. Antara lain, penandaaan jarak 1 meter serta susunan kerusi dibuat bagi memastikan pelanggan hadir merasa selesa sementara menunggu giliran mereka. 

    

Pertambahan pelanggan yang berurusan dijangka semakin bertambah pada minggu berikutnya memandangkan perayaan Aidilfitri yang bakal menjelang nanti. 

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 56 kali.


Kembali ke Atas