Berita

SPB Yang Dipertuan Agong Dan Raja Permaisuri Berbuka Puasa Di Padang MPK 1, Kuantan

peNA eJs

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang diiringi Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah tiba di Padang MPK 1 pada jam 650 petang. Baginda bukan sahaja meninjau Bazar Ramadhan serta beramah mesra dengan para peniaga malah turut juga membeli juadah berbuka puasa.

Antara juadah yang dibeli Seri Paduka bersama Raja Pemaisuri Agong ialah air katira, air durian belanda, puding raja, sata dan pulut panggang. Kemesraan baginda sepanjang tinjauan ke Bazar Ramadhan menjadi tumpuan rakyat jelata dan dapat melihat sendiri Seri Paduka yang berjiwa rakyat.

Menteri Besar, Dato' Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Seri Dr. Sallehuddin Ishak dan barisan Exco kerajaan negeri turut sama mengiringi keluarga diraja ini sehingga selesai program.

Program diteruskan penyampaian bantuan kepada golongan asnaf yang turut hadir berbuka puasa bersama. Program diakhiri dengan menunaikan solat terawih di Masjid Sultan Ahmad Shah.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 8 kali.


Kembali ke Atas