Berita

SUKANEKA 2018

peNA eJs

Program SUKANEKA 2018 ini merupakan salah satu aktiviti bagi mengeratkan silaturahim dan hubungan kekeluargaan sesama keluarga masing-masing. Ini kerana institusi keluarga adalah asas dalam pembentukan sikap, nilai murni dan integriti seseorang individu dalam melahirkan sebuah masyarakat yang harmoni dan dinamik. 

Program dirasmikan oleh Pegawai Daerah Kuantan yang turut sama memeriahkan aktiviti SUKANEKA 2018 ini dengan keadaan cuaca yang redup dan berangin. Persekitaran kawasan di Pusat Rekreasi Balok ini sangat sesuai dijadikan tempat untuk aktiviti beriadah. 
 
Penganjuran SUKANEKA 2018 ini juga merupakan salah satu wadah untuk menyatukan dan meningkatkan kerjasama antara semua ahli keluarga. Pembahagian ahli mengikut warna persis zaman persekolahan dibangkitkan dengan keutuhan sifat kekeluargaaan yang ada di kalangan ahli PETANDA serta keluarga masing-masing. Kerjasama erat turut dilihat menjadi faktor program ini dapat dilaksanakan seperti yang dirancang. 

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah dirancang bagi menghasilkan satu platform semangat muhibbah antara keluarga PETANDA serta ahli keluarga masing-masing. Pengisian dalam SUKANEKA 2018 ini melibatkan juga aktiviti sukaneka yang turut dirai bersama kanak-kanak. 

Pelbagai acara diadakan di sepanjang program tersebut yang menajdi tarikan dan perhatian golongan dewasa seperti belon ulat bulu, dadu gergasi, belon kasih,  musang berjanggut, harta karun serta diakhiri dengan acara kemuncak antara ahli PETANDA lelaki dan barisan pasangan ahli PETANDA wanita iaitu tarik tali. Acara tarik tali telah dimenangi oleh pasukan PETANDA. 

Aktiviti mewarna menjadi aktiviti pertama untuk acara kanak-kanak di bawah 12 tahun. Seterusnya program diteruskan dengan acara bawa bola ping pong dalam sudu isi air dalam botol serta rebut gula-gula untuk semua golongan kanak-kanak. Persembahan dan pertandingan tarian Baby Shark menjadi acara terakhir dijalankan.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 66 kali.


Kembali ke Atas