Berita

Majlis Kesyukuran Sultan Pahang

peNA eJs

Para jemaah yang hadir dianggarkan berjumlah 1,000 (seribu) orang telah bersama-sama mengalunkan bacaan surah Yassin dan tahlil yang telah dipimpin oleh Sahibus Samahah Mufti Negeri Pahang, Dato’ Sri Dr. Haji Abdul Rahman bin Haji Osman. Usai bacaan Yassin dan tahlil, jemaah turut mengaminkan bacaan doa selamat dan seterusnya menunaikan solat Maghrib, solat hajat dan solat Isyak.  

Kehadiran Yang Amat Mulia Kerabat-kerabat Bergelar turut juga hadir bersama. Antara jemaah lain yang turut hadir, YB Dato' Sri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan dan Kesihatan Negeri Pahang, YAA Ketua Hakim Syarie Negeri Pahang, YH Pengarah JAIP, pegawai-pegawai kanan serta rakyat jelata.

Tanggal 30 Julai 2019 pagi itu juga telah berlangsungnya Istiadat Pertabalan KDYMM Tuanku Sultan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-16. Bagi tempoh 5 (lima) tahun akan datang baginda tuanku dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong bersemayam di Istana Negara.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 9 kali.


Kembali ke Atas