Berita

Tadarus PETANDA Hidupkan Ramadhan 1440H

peNA eJs

Ramadhan adalah bulan al-Quran. Satu-satunya bulan yang disebut dalam al-Quran melalui firmanya Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan al-Quran menjadi petunjuk bagi sekelian manusia dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk.

Kemuliaan yang Allah swt kurniakan kepada umat Nabi Muhammad saw adalah malam yang diturunkan al-Quran yang dinamakan malam lailatul Qadr. Kelebihannya dari sudut beribadat adalah lebih baik dari beribadat seribu bulan. Selain solat tarawikh, dua perkara penting yang perlu diambil perhatian dengan kedatangan bulan Ramadhan dan tidak boleh terlepas begitu sahaja oleh setiap muslim ialah tadarus al-Quran dan mencari lailatul al-Qadr.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 23 kali.


Kembali ke Atas