Berita

TAHNIAH Pasukan KIK KUANTAN GO

peNA eJs

KIK merupakan mekanisme pengurusan yang berkesan untuk membina modal insan dalam Perkhidmatan Awam yang berketerampilan tinggi bagi merealisasikan aspirasi Kerajaan untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan agensi-agensi Kerajaan dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat. Di samping itu, KIK juga mempunyai prinsip asas yang mengiktiraf pekerja sebagai sumber paling bernilai dalam organisasi dan menyediakan forum kepada mereka untuk melibatkan diri dalam proses membuat keputusan dan seterusnya melaksanakan tindakan yang diputuskan secara berpasukan.

Menampilkan projek permohonan pelekat bagi mengangkut bahan batuan telah meletakkan KUANTAN GO peroleh tempat ke-4. TAHNIAH untuk semua. 

Objektif ePelekat :- 

( a ) meningkatkan kecekapan agensi sektor awam;

( b ) meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan agensi sektor  awam; dan
( c ) memelihara kesejahteraan rakyat.

Antara kelebihan penggunaan aplikasi ePelekat :- 

  • Mengurangkan bebanan kerja kakitangan dimana permohonan dibuat oleh pemohon di dalam sistem.
  • Mengurangkan birokrasi di mana penggunaan sistem adalah secara web base.
  • Meminimakan kesilapan dalam pengemaskinian maklumat pengusaha lori.
  • Mempercepat dan menjimatkan masa proses pengeluaran pelekat lori.
  • Mengurangkan kesilapan dalam pelaporan serta pelaporan dapat disediakan dalam masa yang singkat.
  • Penjimatan dalam penggunaan kertas, toner dan ruangan simpanan fail.
  • Pemantauan dapat dilaksanakan dengan lebih baik.


Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 40 kali.


Kembali ke Atas